Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IX - Merekod dan Pendaftaran

Seksyen

119

Tajuk

Cara Mengeluarkan Lesen dan Permit dan Pendaftaran Pajakan
119 [1]

Pengeluaran suatu lesen memfosik, lesen mendulang atau lesen melombong individu hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Pengarah atau di bawah tandatangan dan meterai mana-mana orang yang kepadanya Pengarah telah mewakilkan kuasa untuk memberikan lesen itu.

119 [2]

Pengeluaran suatu lesen mencarigali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau lesen air dan pendaftaran suatu pajakan melombong hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Pengarah.

119 [3]

Pengeluaran suatu permit air hendaklah mengandungi pengesahannya di bawah tandatangan dan meterai Lembaga.

119 [4]

Tarikh pengeluaran mana-mana lesen atau permit dan tarikh pendaftaran mana-mana pajakan melombong, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah ditulis dalamnya oleh orang yang mengeluarkan atau mendaftarkan lesen, permit atau pajakan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.