Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Bab

1 - PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN

Seksyen

133

Tajuk

Penguatkuasaan oleh pegawai diberikuasa.
133

Seseorang pegawai diberikuasa boleh bagi maksud  menguatkuasakan Enakmen ini—

(a) meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, suratcara atau rekod dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, suratcara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang mengenai apa- apa perkara di bawah Enakmen ini;

(b) melawat, memasuki, menyiasat dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana- mana kawasan pemfosikan, pendu lang an, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral pada bila-bila masa tetapi tidaklah boleh dengan tak perlu menggalang atau menghalang apa-apa kerja di dalamnya;

(c) menyiasat berkenaan dengan mana-manakawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral mengenai—

  • kedudukan dan keadaan mana-mana kawasan atau loji itu;
  • kesan mana-mana pengendalian atau amalan ke atas kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; atau
  • apa-apa perkara atau benda berkaitan dengan atau berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang atau yang menyebabkan atau mungkin akan menyebabkan kerosakan kepada harta atau merupakan suatu kacau ganggu;
  • pematuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini;

(d) mengambil  langkah    untuk    memastikan pen gambil an langkah berj aga-jaga yang sepatutnya dalam segala aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral bagi mencegah kerosakan atau bahaya kepada nyawa atau harta;

(e) menghendaki mana-mana orang yang dijumpai di dalam sesuatu kawasan di mana pemfosikan, pendulangan, penjelaj ahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral dijalankan untuk menyatakan identiti dan maksudnya, dan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Enakmen ini dan dalam kuasa orang itu untuk memberi; dan

(f) mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair atau bergas di dalam atau yang sedang dilepaskan di dalam atau dari mana- mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lonibong atau loji pemprosesan mineral

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.