Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

98

Tajuk

Pemungutan Tunggakan Fi, Sewa, Royalti, dsb.
98 [1]

Jika   apa-apa   fi,  sewa   atau   royalti yang  kena  dibayar di bawah Bahagian ini adalah tertunggak, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang tenemen mineral itu suatu notis tuntutan dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.

98 [2]

Suatu nota penyampaian notis di bawah subseksyen hendaklah diendorskan atas kehendak Pihak Berkuasa Negeri pada dokumen atau suratcara tenemen mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dimaksudkan dalam notis itu.

98 [3]

Jika keseluruhan jumlah wang yang dituntut melalui suatu notis di bawah subseksyen (1) dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam masa yang dinyatakan dalamnya, notis itu hendaklah sesudah itu terhenti daripada berkuatkuasa dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menyebabkan dikenselkan nota yang diendorskan menurut subseksyen (2).

98 [4]

Jika di akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tuntutan wang yang dituntut melalui notis itu tidak dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri, ia hendaklah sesudah itu melalui perintah mengisytiharkan—

(a) dalam hal suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, lesen itu terbatal, dan peruntukan seksyen 58 dan 59 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya;

(b) dalam hal suatu pajakan melombong, tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan peruntukan seksyen 78 dan 79 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya; dan

(c) dalam hal suatu lesen melombong tuan punya, lesen itu terbatal, dan peruntukan seksyen 85 dan 86 hendaklah dengan demikian itu berkuatkuasa berkenaan dengannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.