Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - Peruntukan Mengenai Air

Seksyen

104

Tajuk

Pembatalan lesen air
104 [1]

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa membatalkan suatu lesen air jika ia berpuas hati bahawa pemegang lesen itu—

(a) telah memungkiri mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu; atau

(b) telah melanggar mana-mana peruntukan Enakinen ini dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

104 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga hendaklah menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada pemegang lesen air notis bertulis tentang niatnya untuk membatalkan lesen itu dan alasan yang berdasarkannya ia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan ia hendaklah memberi pemegang lesen air itu peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyerahan notis itu.

104 [3]

Apabila habis tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (2) dan selepas menimbangkan apa- apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen air itu dan selepas mengadakan suatu siasatan, Lembaga hendaklah memutuskan—

(a) sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;

(b) sama ada hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen 106; atau

(c) sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya.

104 [4]

Lembaga hendaklah memberi pemegang lesen air itu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.