Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

X - PEMULIHAN

Seksyen

126

Tajuk

Pelan pemulihan bagi pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar
126 [1]

Tiap-tiap penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah mengemukakan kepada Pengarah—

(a) suatu pelan pemulihan lombong; dan

(b) apabila memohon untuk membaharui pajakan itu, suatu pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan,

bagi kelulusan Jawatankuasa.

126 [2]

Pelan pemulihan lombong hendaklah mengadakan peruntukan mengenai tindakan pemulihan yang spesifik, pemeriksaan, laporan tahunan, jumlah kos pemulihan yang dianggarkan, anggaran kos bagi setiap tindakan pemulihan spesifik dan suatu jadual waktu terperinci bagi pemulihan tanah lombong yang teratur dan efisien.

126 [3]

Jawatankuasa hendaklah dalam suatu masa yang munasabah dari   masa   pelan   pemulihan    lombong dikemukakan  di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak pelan itu, dan hendaklah memberitahu penerima pajak itu tentang keputusannya.

126 [4]

Mana-mana penerima pajak yang pelan pemulihan lombongnya telah ditolak di bawah subseksyen (3)—

(a) boleh mengemukakan apa-apa bilangan pelan pemulihan lombong yang perlu bagi tujuan memperolehi kelulusan Jawatankuasa; atau

(b) boleh merayu terhadap penolakan itu, dalam masa enam puluh hari dari pemberitahuan keputusan di bawah subseksyen (3), kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

126 [5]

Jika penerima pajak berniat untuk mengubahsuai suatu pelan pemulihan lombong yang diluluskan di bawah seksyen ini, penerima pajak itu hendaklah mengemukakan ubahsuaian pelan pemulihan yang dicadangkan itu kepada Jawatankuasa untuk kelulusan.

126 [6]

Jika mana-mana pajakan melombong yang membenarkan pengendalian Skala besar dibaharui, tiada perlombongan boleh diteruskan sehingga pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan di bawah seksyen ini.

126 [7]

Jika suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil diubah bagi membenarkan suatu pengendalian skala besar di bawah seksyen 63, tiada pengendalian skala besar boleh dimulakan di atas tanah itu sehingga pelan pemulihan lombong telah diluluskan di bawah seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.