Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

70

Tajuk

Hak di bawah Pajakan Melombong.
70 [1]

Suatu pajakan melombong hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu, memberi penerima pajak hak—

(a) melombong tanah yang berkenaan dengannya pajakan itu diberikan secara eksklusif mengikut—

  • dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala kecil, kajian prakebolehlaksanaan yang dikemukakan di bawah seksyen 63; atau
  • dalam hat suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan di bawah seksyen 73; dan

(b) tertakluk kepada seksyen 7l—

  • dan mana-mana undang-undang lain berhubungan dengan mineral, menyimpan, mengangkut, memproses dan menjual apa-apa mineral yang dikeluarkan dan melupuskan apa-apa buangan;
  • menggunakan mana-mana balak, pasir ataukelikir yang dikehendaki bagi perlombongan di dalam tanah lombong itu;
  • menggunakan mana-mana b ahagian tanah lombong itu yang dikehendaki bagi maksud menanam tumbuhan atau sayuran, atau memelihara haiwan, ayam itik atau ikan sebagaimana yang munasabah untuk digunakan oleh pekerja d1 lombong itu;
  • menggunakan mana-mana bahagian tanahlombong itu yang dikehendaki bagi maksud mendirikan rumah, rumah kongsi, bangsal atau bangunan lain sebagaimana yang munasabah bagi maksud lombong itu atau untuk digunakan oleh pekerja di lombong itu;
  • melakukan apa-apa perbuatan atau perkaradan mendirikan dan menyenggara mana- mana j alan dan kemu dah an untuk menjalankan pengendalian melombong dengan berkesan, di atas atau di bawah tanah itu; dan
  • menggunakan, mendiiduki dan menikmati tanah yang berkenaan dengannya suatu pajakan melombong telah diberikan bagi maksud perlombongan.
70 [2]

Pajakan melombong tidak boleh, tertakluk kepada Enakmen ini dan kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan itu, menyebabkan penerima pajak berhak mendapat hak yang eksklusif di dalam tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan itu telah diberikan untuk menggunakan mana-mana jalan awam, rel, terusan, sungai dan sistem telekomunikasi sebagaimana yang dikehendaki bagi

70 [3]

Dalam seksyen ini, “proses” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.