Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

43

Tajuk

Tempoh dan pembaharuan lesen mencari gali atau lesen penjelajahan
43 [1]

Tertakluk kepada seksyen ini—

(a) suatu lesen mencarigali hendaklah penjelajahan dikeluarkan selama tempoh penjelajahan tidak melebihi dua tahun; dan

(b) suatu lesen penjelajahan hendaklah dikeluarkan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

43 [2]

Sesuatu permohonan untuk membaharui suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan—

(a) dalam hal lesen mencarigali, sekurang-kurangnya enam bulan; dan

(b) dalam hal lesen penjelajahan, sekurang- kurangnya dua belas bulan,

sebelum habis tempoh lesen mencarigali atau lesen penjelajahan  itu, mengikut  mana-mana yang berkenaan.

43 [3]

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik ap abila menerima permohonan untuk membaharui lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendaftarkan permohonan itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan.

43 [4]

Jika permohonan untuk membaharui suatu lesen mencarigali dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh lesen itu, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui lesen itu selama suatu tempoh selanjutnya tidak melebihi dua tahun jika—

(a) pemegang lesen itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) pemegang lesen itu telah mematuhi peruntukan Enakmen ini;

(c) pemegang lesen itu boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya bahawa mencarigali selanjutnya adalah wajar; dan

(d) jumlah tempoh lesen mencarigali itu termasuk apa-apa pembaharuan tidaklah melebihi empat tahun.

43 [5]

Jika permohonan untuk membaharui suatu lesen penjelajahan dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh lesen itu, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui lesen 1tu selama suatu tempoh selanjutnya tidak melebihi lima tahun jika—

(a) pemegang lesen itu telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen itu;

(b) pemegang lesen itu telah mematuhi peruntukan Enakmen ini;

(c) pemegang lesen itu boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya bahawa penjelajahan selanjutnya adalah wajar; dan

(d) jumlah tempoh lesen penjelajahan itu termasuk apa-apa pembaharuan tidaklah melebihi lima belas tahun.

43 [6]

Jika suatu permohonan untuk pembaharuan dibuat

kepada Pihak Beikuasa Negeri—

(n) dalam hal lesen mencarigali, kurang dari enam bulan; atau

(h) dalam hal lesen penjelajahan, km ang dai i dua belas bulan,

 

sebelum habis tempoh lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pihak Berkuasa Negeri boleh—

  • inenimb an gkan untuk me liilu skan permohonan itu jika pemegang lesen itu memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau (5); tetapi hendaklah mengenakan ke atas pemegang lesen itu, apabila membahaiui lesen itu, suatu fi pengemukaan lew at mengikut apa-apa amaun yang ditetapkan; atau
  • menolak permohonan
43 [7]

Mana-mana keputusan—

(a) Pihak Berkuasa Negei’i atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya di bawah subseksyen (4) atau (5); atau

(b) Pihak Bei kuasa Negeri di bawah subseksyen adalah muktamad.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.