Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

153

Tajuk

Mineral yang diperolehi secara mcnyalahi undang- undang.
153

Mana-mana orang yang mendapatkan mineral melalui pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau perlombongan tanpa suatu lesen atau pajakan yang dikeluarkan atau diberikan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, sebagai tambahan kepada apa-apa denda lain atau tempoh peinenjaraan yang dikenakan di bawah Bab ini, diperintahkan membayar kepada Plhak Berkuasa Negeri—

  • suatu jumlah wang tidak melebihi lima kali ganda royalti yang kena dlbayar berkenaan dengan apa- apa mineral yang diambil secara menyalahi undang-undang; dan
  • suatu jumlah wang yang tidak melebihi tiga  kali ganda nilai mineral itu,

 

dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar boleh didapatkan sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.