Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XIII - Peraturan-Peraturan

Seksyen

188

Tajuk

Peraturan- peraturan.
188 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditetapkan di bawah Enakmen ini.

188 [2]

Khususnya dan tanpa  menjejaskan    kelu asan siibseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

  • secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi, sewa dan royalti di bawah Enakmen ini dan cara untuk memungut dan membayar balik fi, sewa dan royalti itu;
  • menetapkan kesalahan di bawah Enakmen ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan prosedur bagi mengkompaunkan kesalahan itu;
  • membenarkan remitan, rebet atau tangguhan pembayaran sewa dan peremitan fi;
  • menetapkan kuasa dan kewajipan pegawai yang dilantik di bawah Enakmen ini;
  • mengubah, menambah atau membatalkan mana- mana Borang yang terkandung dalam Jadual I dan menetapkan Borang tambahan;
  • menetapkan pengemukaan penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh pemunya mana-mana lombong;
  • menetapkan kandungan mana-mana kaj ian kebolehlaksanaan, pelan pemulihan, pengukuran, pelan, laporan atau apa-apa taksiran lain yang perlu bagi maksud Enakmen ini;
  • menetapkan aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam sesuatu rizab mineral;
  • menetapkan terma atau syarat sesuatu tenemen mineral yang diberikan ke atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah berlmilik, tanah pendudukan, tanah rizab atau kawasan hutan simpanan;
  • menetapkan prosedur dan kehendak tawaran bersaing untuk mendapatkan tenemen mineral;
  • menetapkan prosedur, cara dan bentuk bagi permohonan, pemberian, pembaharuan, peluasan, pengeluaran, pendaftaran dan untuk merekodkan mana-mana tenemen mineral, lesen air dan permit air; dan
  • membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Enakmen

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.