Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

61

Tajuk

Sekatan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
61 [1]

Jika suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan dibatalkan atau diserahkan, tlada permohonan untuk mendapatkan sama ada lesen mencarigali atau lesen boleh dipei‘timbangkan untuk diluluskan berkenaan dengan kawasan yang sama atau mana-mana kawasan di dalam atau yang bertindih dengan kawasan mencarigali atau penjelajahan yang dahulu dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembatalan atau penyerahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan

61 [2]

Walau apa pun seksyen 43, mana-mana bekas pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang lesennya telah mencapai jumlah tempoh maksimum empat  tahun atau lima belas tahun masing-masingnya hendaklah diberikan keutamaan bagi permohonan untuk mendapatkan sama ada lesen mencarigali atau lesen penjelajahan berkenaan dengan kawasan yang sama atau mana-mana kawasan di dalam atau yang bertindih dengan kawasan mencarigali atau penjelajahan yang dahulu:

Dengan syarat bahawa tiada permohonan sedemikian boleh dipertimbangkan untuk kelulusan dalam tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh jumlah tempoh maksimum lesen tersebut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.