Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VII - Obligasi Kewangan

Seksyen

95

Tajuk

Royalti
95 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (8), pemegang suatu tenemen mineral hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri royalti ke atas apa-apa mineral—

(a) yang didapati dan dijual atau diniatkan untuk dijual; atau

(b) yang didapati dan digunakan, atau akan digunakan, bagi apa-apa maksud perdagangan atau perindustrian.

95 [2]

Tertakluk kepada Fasal (3B) Perkara 110 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen (3) dan (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan kadar royalti yang kena dibayar ke atas apa-apa mineral.

95 [3]

Amaun royalti bagi apa-apa mineral boleh ditetapkan sebagai—

(a) suatu peratusan atas hila1 pasaran mlneral yang didapati; atau

(b) suatu amaun yang kena dibayar berdasarkan apa- apa isipadu atau berat yang dinyatakan bagi galian yang didapati.

 

95 [4]

Kadar royalti yang terpakai bagi penerlma pajak atau pemegang lesen melombong tuan punya hendaklah ditetapkan bagl tempoh sepuluh tahun pertama pajakan atau lesen itu pada paras yang ditetapkan pada tarikh pajakan atau lesen itu didaftarkan dan apa-apa perubahan kadar royalti yang ditetapkan yang dibuat selepas tarikh pajakan atau lesen itu didaftarkan tidak boleh terpakai bagi penerima pajak atau pemegang lesen melombong tuan punya itu selama tempoh sepuluh tahun tersebut.

95 [5]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam hal keadaan yang disifatkan mewajarkan tindakan sedemikian, memberi pemegang suatu teneman mineral pelepasan royalti sepenuhnya atau sebahagiannya atas dasar tahun ke tahun.

95 [6]

Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis olehnya boleh memeriksa dan mene liti apa-apa buku, rekod dan akaun dan memperolehi apa-apa maklumat yang perlu bagi memastikan kuantiti atau nilai mineral yang didapati berkenaan dengan sesuatu tenemen mineral dan apa-apa maklumat yang perlu bagi menentusahkan amaun  apa- apa royalti yang kena dibayar.

95 [7]

Jika sesuatu tenemen mineral dipegang oleh lebih daripada seorang, mana-mana orang yang mempunyai suatu kepentingan dalam tenemen mineral itu adalah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk membayar royalti berkenaan dengan tenemen mineral itu.

95 [8]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menukarkan apa- apa royalti kepada suatu fi penukaran melalui pemberitahuan dalam Warta menyatakan—

(a) kelas tenemen  mineral dan mineral yang dimaksudkan oleh notis itu; dan

(b) amaun fi penukaran itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.