Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

87

Tajuk

Penyerahan Lesen Melombong Tuan Punya.
87 [1]

Sesuatu permohonan untuk menyerahkan suatu lesen melombong tuan punya hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan.

87 [2]

Tanggungan pemegang lesen melombong tuan punya—

(a) untuk membayar apa-apa fi, royalti, penalti atau wang lain yang kena dibayar pada atau sebelum tarikh penyerahan ita;

(b) untuk melaksanakan apa-apa obligasi yang dikehendaki dilaksanakan pada atau sebelum tarikh penyerahan itu; dan

(c} bagi apa-apa perbuatan yang dilakukan atau keingkaran yang dibuat pada atau sebelum tarikh penyerahan itu,

adalah tidak terjejas dengan penyerahan lesen itu di bawah subseksyen (1).

87 [3]

Apabila lesen melombong tuan punya diserahkan, Pengarah hendaklah mencatatkan atau menyebabkan dicatatkan suatu memorial tentang penyerahan itu dalam daftar yang dalamnya hakmilik tanah itu direkodkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.