Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

73

Tajuk

Pengemukaan Kajian Kebolehlaksanaan Melombong bagi Pengendalian Skala Besar
73 [1]

Penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah mengemukakan suatu kajian kebolehlaksanaan melombong untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa yang boleh meluluskan atau menolaknya

73 [2]

Jika Jawatankuasa meluluskan kajian kebolehlaksanaan melombong yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, melombong tanah yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan mengikut kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan

73 [3]

Penerima pajak suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar boleh—

  • mengemukakan apa-apa bilang an kajian kebolehlaksanaan melombong yang perlu untuk memperolehi kelulusan Jawatankuasa di bawah subseksyen (1); dan
  • mengemukakan semakan yang dicadangkan kepada kajian kebolehlaksanaan melombong yang diluluskan di bawah subseksyen (1) kepada Jawatankuasa yang boleh meluluskan atau menolak semakan yang dicadangkan
73 [4]

Kajian keboleh laks a naan melomb ong yang dikehendaki di bawah subseksyen ( 1) hendaklah teTmasuk—

  • suatu jadual pembinaan lombong;
  • tarikh permulaan pengeluaran yang dirancangkan;
  • suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dirancangkan selama tempoh pajakan itu; dan
  • apa-apa maklumat lain yang ditetapkan atau diminta oleh

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.