Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Bab

1 - LESEN MEMFOSIK

Seksyen

21

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen memfosik.
21 [1]

Tiada seorang pun selain daripada seseorang orang sebenar boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen memfosik.

21 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen memfosik hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang

21 [3]

Tiada lesen memfosik boleh diberikan di mana-mana kawasan—

(a) jika Pihak  Berkuasa  Negeri  melalui pemberitahuan dalam Warta telah memerintahkan supaya ditutup bagi pemfosikan;

(b) di dalam mana-mama tanah rizab;

(c) di dalam mana-mana kawasan mencarigali ataupenjelajahan tanpa kebenaran bertulis pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu; atau

(d) di dalam mana-mana tanah berimilik, tanah pendudukan atau tanah lombong tanpa kebenaran bertulis pemunya atau penerima pajak itu.

21 [4]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Pengarah boleh memberi atau enggan memberi lesen itu dan keputusannya adalah

21 [5]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen memfosik diluluskan, lesen itu hendaklah dikeluarkan dalam Borang A sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual I, apabila dibayar fi yang ditetapkan, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.