Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

178

Tajuk

Larangan Penyalahgunaan Maklumat yang didapati atas Sifat Rasmi.
178

Mana-mana pegawai diberikuasa yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Enakmen ini yang mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui secara umum mungkin semunasabahnya dijangkakan akan menjejas secara material sesuatu aktiviti penjelajahan atau perlombongan yang—

  • dipegangnya oleh sebab sifat rasminya atau sifat rasminya yang dahulu; dan
  • adalah munasabah untuk menjangka tidak akan didedahkan oleh seseorang yang mempunyai atau pernah mempunyai sifat rasminya itu kecuali bagi pelaksanaan sepatutnya fu ngs1 yang bersangkutan dengan sifat rasmi itu,

 

tidak boleh menggunakan secara tak patut maklumat demikian untuk memperolehi, secara langsung atau tak langsung, manfaat bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.