Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

160

Tajuk

Pemindahan dari tanah lombong secara menyalahi undang- undang.
160

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, mana- mana orang yang memindahkan melampaui sempadan tanah lombong bagi apa-apa maksud—

  • mana-mana balak atau hasil hutan yang lain;
  • mana-mana tumbuhan, sayuran, haiwan, ayam itik atau ikan; atau
  • mana-mana batu karang, tanah, keliklr, guano, low, batu, pasir, cengkerang, lempung, batu bata, kapur, simen atau komoditi lain yang dikilangkan daripada bahan itu, yang diperolehi dari atau di atas tanah lombong itu,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan diperintahkan membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri nilai benda yang dipindahkan itu dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar sedemikian boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan sedemikian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.