Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

VIII - PERUNTUKAN MENGENAI AIR

Seksyen

111

Tajuk

Pengubahan atau gangguan kepada tebing sungai
111 [1]

Tiada seorang pun boleh, apabila menikmati sesuatu tenemen mineral, mengubah atau mengganggu, atau menyebabkan atau membenarkan diubah atau diganggu, tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air melainkan jika—

(a) apa-apa pengubahan atau gangguan dibenarkan dalam lesen air atau permit air yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini; atau

(b) orang itu telah memperolehi kebenaran bertulis Lembaga di bawah subseksyen (3) atau (5).

111 [2]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk mengubah atau mengganggu tebing mana- mana sungai, anak sungai atau alur air hendaklah dibuat oleh pemegang tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

111 [3]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, memberi kebenaran bertulis kepada pemegang tenemen mineral untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air.

111 [4]

Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana anak sungai atau alur air yang tidak melebihi lima meter lebar di antara tebing-tebing itu hendaklah dibuat oleh pemegang tenemen mineral kepada Lembaga dalam bentuk yang ditetapkan.

111 [5]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (4) diterima, Lembaga boleh, selepas berunding dengan mana- mana pihak berkuasa lain yang relevan yang difikirkannya perlu, memberi kebenaran bertulis kepada pemegang tenemen mineral itu untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana anak sungai atau alur air yang tidak melebihi lima meter lebar di antara tebing-tebing itu.

111 [6]

Lembaga boleh, melalui suatu perintah bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dalam penjalanan pengendalian melombong—

(a) mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air; atau

(b) membenarkan mana-mana orang lain untuk mengubah atau mengganggu tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air,

untuk memulihkan tebing mana-mana sungai, anak sungai atau alur air itu kepada keadaan ia berada sebelum sahaja berlaku pengubahan atau gangguan sedemikian atau untuk membuatnya semula mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.