Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

III - Tenemen Mineral - AM

Seksyen

18

Tajuk

Pemakaian Kanun Tanah Negara
18 [1]

Peruntukan Kanun Tanah Negara yang dinyatakan dalam Jadual II hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu dan khususnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2), terpakai berhubungan dengan mana-mana lombong dan bagi apa-apa dokumen yang dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana pajakan melombong

18 [2]

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, peruntukan Kanun Tanah Negara yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan pajakan melombong sebagaimana ia terpakai bagi hakmilik Pejabat Pendaftaran yang ditafsirkan dalam Kanun itu, tertakluk kepada ubahsuaian am yang berikut:

  • sebutan mengenai Kanun hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Enakmen ini;
  • sebutan mengenai pemberimilikan tanah dibawah Kanun hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai pemberian pajakan melombong;
  • sebutan mengenai dokumen hakmilik sementara dan dokumen hakmilik tetap hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai dokumen pajakan melombong;
  • sebutan mengenai tuan punya hendaklahdianggap sebagai sebutan mengenai penerima pajak;
  • sebutan mengenai Pentadbir Tanah hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Pengarah;
  • sebutan mengenai Pendaftar hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai Pengarah;
  • sebutan mengenai Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Tanah hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri;
  • sebutan mengenai tanah berimilik hendaklahdianggap sebagal sebutan mengenai tanah lombong;
  • sebutan mengenai daftar dokumen hakmilik hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai dokumen pajakan melombong.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.