Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

V - Akses ke atas Tanah

Seksyen

90

Tajuk

Melombong di bawah Tanah Berimilik
90 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu pajakan melombong boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana tanah di bawah tanah berimilik.

90 [2]

Peruntukan seksyen 63 berhubungan dengan suatu permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi suatu permohonan untuk mendapatkan pajakan melombong di bawah tanah berimilik.

90 [3]

Suatu pajakan melombong yang diberikan di bawah mana-mana tanah berimilik hendaklah meluas secara menurun—

(a) dari takat yang dinyatakan dalam dokumen hakmilik tanah berimilik itu sebagai sempadannya yang paling bawah; atau

(b) dalam hal jika dokumen hakmilik tanah berimilik itu tidak menyatakan suatu takat sempadan, dari takat yang pemunya mempunyai hak menggunakan dan menikmati tanah itu bagi maksud hakmilik itu.

90 [4]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, apabila memberikan suatu pajakan melombong di bawah mana-mana tanah berimilik, sebagai tambahan kepada syarat yang dinyatakan dalam seksyen 72, mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya perlu, termasuk yang berikut:

(a) bahawa penerima pajak dan tiap-tiap orang yang diambil bekerja berhubungan dengan pajakan melombong itu hendaklah menggunakan tanah yang dinyatakan dalam pajakan melombong itu secara paling tak memudaratkan tuan punya tanah berimilik atau  tanah  pendudukan  di atas; dan

(b) bahawa penerima pajak hendaklah, apabilamenjalankan pengendalian melombong, mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah kejadian kesurutan tanah berimilik atau tanah pendudukan di atas.

 

90 [5]

Pemunya mana-mana tanah berimilik yang tersentuh oleh apa-apa pengendalian melombong di bawah tanah itu adalah berhak membuat suatu tuntutan pampasan di bawah seksyen 92.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.