Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Bab

LESEN MENCARIGALI DAN LESEN PENJELAJAHAN

Seksyen

41

Tajuk

Permohonan untuk mendapatkan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
41 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bentuk yang ditetapkan.

 

41 [2]

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merujukkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan syornya.

41 [3]

Dalam menimbangkan permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan bagi maksud membuat syornya, Jawatankuasa hendaklah menentusahkan bahawa pemohon itu—

(a) telah mematuhi kehendak Enakmen ini; dan

(b) adalah layak dari segi teknikal dan kewangan untuk menjelajah kawasan yang dimaksudkan itu.

41 [4]

Jawatankuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menimbangkan permohonan itu, menghantar kepada Pihak Berkuasa Negerl laporan dan syornya sama ada permohonan itu patut—

(a) diluluskan, keseluruhannya atau sebahagiannya—

(i) dengan mengesahkan bahawa pemohon itu telah mematuhl kehendak Enakmen ini; dan

(ii) dengan menyatakan terma atau syarat yang tertakluk kepadanya lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan; atau

(b) ditolak.

41 [5]

Apabila menerima laporan dan syor Jawatankuasa di bawah subseksyen (4), Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan itu sama ada atau tidak Jawatankuasa mengesyorkan kelulusan permohonan itu atau penolakannya dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah muktamad.

41 [6]

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu—

(a) pemohon;

(b) Jawatankuasa; dan

(c) Pengarah,

secara bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (5).

41 [7]

Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali atau lesen penjelajahan diluluskan Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas diberitahu di bawah perenggan (6)(c), dan apabila dibayar fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama, mendaftarkan suratcara lesen itu dan mengeluarkan kepada pemohon itu—

(a) suatu lesen mencarigali dalam Borang D yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa- apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan; atau

(b) suatu lesen penjelajahan dalam Borang E yang dinyatakan dalam Jadual I tertakluk kepada apa- apa terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya atau yang ditetapkan,

mengikut mana-mana yang berkenaan.

41 [8]

Jika pemohon itu tidak membayar fi yang ditetapkan dan fi pegangan bagi tahun pertama sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (7) dalam masa enam puluh hari selepas diberitahu tentang kelulusan lesen mencarigali atau lesen penjelajahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.