Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

IV - Tenemen Mineral—Lesen dan Pajakan

Seksyen

42

Tajuk

Syarat berkanun lesen mencarigali atau lesen penjelajahan
42 [1]

Adalah menjadi suatu syarat bagi trap-trap lesen mencarigali atau lesen penjelajahan yang diberikan di bawah Enakmen ini bahawa pemegang lesen itu—

(a) hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan laporan aktiviti berkala yang ditetapkan; dan

(b) hendaklah membayar pampasan kepada:

(i) berhubungan dengan tanah berimilik atau tanah pendudukan, pemunya tanah itu;

(ii) berhubungan dengan tanah Kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri; atau

(iii) berhubungan dengan tanah rizab atau kawasan hutan simpanan, pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu,

bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau gangguan pada tanah dan harta;

(c) hendaklah membaikpulih kawasan mencarigali atau penjelajahan itu ke suatu keadaan yang selamat dan mengikut apa-apa standard alam sekeliling sebagaimana yang ditetapkan atau untuk mengekalkannya;

(d) hendaklah melepaskan mana-mana kawasan yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi sesuatu maksud awam selain daripada bagi apa- apa aktiviti berhubungan dengan penjelajahan atau perlombongan untuk mendapatkan mineral; dan

(e) hendaklah mematuhi apa-apa perbelanj aan program kerja tahunan dan kehendak pelepasan kawasan sebagaimana yang ditetapkan; dan hendaklah tiada perubahan mengenai paras perbelanj aan program kerja tahunan yang ditetapkan daripada paras yang dltetapkan pada tarikh pengeluaran lesen penjelajahan selama tempoh lesen itu.

 

42 [2]

Bagi maksud menentukan paras perbelanj aan program kerja tahunan yang disebut dalam perenggan (1)(e), perbelanjaan program kerja tahunan itu hendaklah berdasarkan satii unit kawasan yang terdiri daripada satu ratus hektar.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.