Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

X - PEMULIHAN

Seksyen

128

Tajuk

Ketakbayaran ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong
128 [1]

Jika penerima pajak tidak membayar jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong di bawah subseksyen 127(3) dalam masa yang ditetapkan, Jawatankuasa hendaklah—

(a) menyampaikan atau menyebabkan disampaikan kepada penerima pajak itu suatu notis tuntutan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan; dan

(b) mengemukakan suatu salinan notis itu kepada Pengarah yang hendaklah, apabila notis itu diterima, menyebabkan suatu nota penyampaian notis itu diendorskan pada dokumen pajakan melombong yang dimaksudkan dalam notis itu.

128 [2]

Jika keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan (1)(a) dibayar kepada Jawatankuasa dalam masa yang dinyatakan dalamnya—

(a) notis itu hendaklah sesudah itu terhenti daripada berkuatkuasa; dan

(b) nota yang diendorskan menurut perenggan (1)(b) pada dokumen pajakan melombong hendaklah dengan itu dikenselkan.

128 [3]

Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tuntutan itu keseluruhan jumlah wang yang dituntut di bawah perenggan (1)(a) tidak dibayar kepada Jawatankuasa, Jawatankuasa hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Negeri tentang keingkaran sedemikian, dan apabila pemberitahuan itu diterima, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah melalui perintah mengisytiharkan tanah lombong yang berkenaan dengannya pajakan melombong itu telah diberikan terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan seksyen 78 dan 79 hendaklah terpakai.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.