Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XI - PENGUATKUASAAN, PENYIASATAN, KETERANGAN, KESALAHAN DAN PENALTI

Seksyen

139

Tajuk

Menggeledah tanah waran.
139

Jika ternyata kepada seseorang pegawai dlberikuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembun y ikan atau didepositkan apa- apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Enakmen ini sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan memperolehi suatu waran menggeledah di bawah seksyen 138 mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat peng angkutan atau benda itu mungkin akan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan bangunan, tempat atau tanah itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.