Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

II - Pentadbiran

Bab

1 - JAWATANKUASA SUMBER MINERAL NEGERI

Seksyen

4

Tajuk

Penubuhan Jawatankuasa
4 [1]

Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri.

4 [2]

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(b) Pengarah yang hendaklah menjadu Setiausaha;

(c) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa;

(d) Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau wakilnya yang diberi kuasa;

(e) Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains atau wakilnya yang diberikuasa;

(f) Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling atau wakilnya yang diberikuasa;

(g) Pengarah Perhutanan Negeri atau wakilnya yang diberkuasa;

(h) Pengarah Lembaga Urus Air Selangor atau wakilnya yang diberi kuasa; dan

(i) tiga anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Dengan syarat bahawa jika Pihak BerkuasaNegeri melantik mana-mana orang yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c), (d), (e), (f), (g) atau (h) sebagai Pengerusi, ia hendaklah melantik empat anggota di bawah perenggan ini.

4 [3]

Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(a) atau (2)(i) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelatikkannya yang dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun.

4 [4]

Pelantikan anggota di bawah perenggan (2)(a) dan (2)(i) hendaklah disiarkan dalam Warta.

4 [5]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik mana-mana anggota yang difikirkannya sesuai untuk menjalankan fungsi Pengerusi selama tempoh Pengerusi itu, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan fungsinya, atau selama tempoh apa-apa kekosongan dalam jawatan Pengerusi, dan anggota itu hendaklah, selama tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.