Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim

Bab

1 - Prosiding Interlokutori

Seksyen

187

Tajuk

Cara membuat permohonan
187 [1]

Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.

187 [2]

Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan itu.

187 [3]

Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara “ex parte” melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.