Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

2 - Penguatkuasaan

Seksyen

148

Tajuk

Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang
148 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(a) perintah penyitaan dan penjualan;

(b) prosiding hiwalah; atau

(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

148 [2]

Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.

148 [3]

Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.