Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman

Seksyen

184

Tajuk

Perakuan penunaian
184 [1]

Jika apa-apa hutang penghakiman yang mengenainya seseorang penghutang penghakiman dipenjarakan di bawah seksyen 181 ditunaikan melalui pembayaran atau selainnya, pemiutang penghakiman hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani olehnya dalam Borang MS 47.

184 [2]

Jika pemiutang penghakiman ingkar menyerah simpan perakuan seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), penghutang penghakiman atau mana-mana orang bagi pihaknya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah bagi pelepasannya, dan Mahkamah semasa membuat perintah itu boleh mengarahkan supaya kos bagi permohonan itu hendaklah dibayar oleh pemiutang penghakiman itu.

184 [3]

Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam Borang MS 48.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.