Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVII - Rayuan

Seksyen

143

Tajuk

Rekod rayuan jika perayu tidak diwakili atau merayu sebagai orang miskin
143 [1]

Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam Syarie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1).

143 [2]

Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah
menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 32.

143 [3]

Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah—

(a) membekali perayu dengan suatu salinan rekod rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk penyampaian kepada responden atau responden-responden; dan

(b) menghantar kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.