Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

IV - Pihak-Pihak

Bab

2 - Orang Tak Berkeupayaan

Seksyen

29

Tajuk

Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa
29 [1]

Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding itu.

29 [2]

Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan, tetapi Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.

29 [3]

Jika plaintif belum dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

29 [4]

Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.

29 [5]

Jika prosiding itu diteruskan, plaintif belum dewasa hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah boleh meminda tajuk itu dan melepaskan penjaga ad litemnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.