Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

IV - Pihak-Pihak

Bab

1 - Am

Seksyen

18

Tajuk

Percantuman pihak
18 [1]

Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika—

(a) tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan persoalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan

(b) segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.

18 [2]

Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.

18 [3]

Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap seorang defendan atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-
masing.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.