Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

3 - Pelaksanaan

Seksyen

159

Tajuk

Jenis pelaksanaan
159 [1]

Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:

(a) mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;

(b) menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal-alaih kepada penghutang penghakiman itu;

(c) menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu; atau

(d) menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.

 

159 [2]

Tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan—

(a) hendaklah menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan

(b) hendaklah memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah itu.

159 [3]

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah pelaksanaan yang sedang berkuat kuasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.