Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim

Bab

2 - Perintah Interim

Seksyen

199

Tajuk

Penahanan, pemeliharaan, dsb., hal perkara kausa atau perkara
199 [1]

Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, pemeliharaan atau penjagaan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu, atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta sedemikian dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

199 [2]

Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana- mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

199 [3]

Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya dijamin.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.