Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXV - Pelbagai

Seksyen

242

Tajuk

Merekodkan keterangan sebelum pendengaran
242 [1]

Jika Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan mana-mana pihak atau saksi patut diambil sebelum tarikh pendengaran, Mahkamah atau mana-mana Hakim yang diarahkan oleh Mahkamah itu boleh mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi tersebut di mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai dan keterangan yang diambil sedemikian boleh kemudiannya digunakan dalam pendengaran itu.

242 [2]

Notis bahawa keterangan akan diambil di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh keterangan itu diambil sedemikian dan pihak yang satu lagi itu boleh mengambil bahagian dalam prosiding itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.