Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

2 - Penguatkuasaan

Seksyen

149

Tajuk

Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih
149 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara yang berikut, iaitu—

(a) perintah pemilikan; atau

(b) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
pengkomitan.

149 [2]

Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk mendapatkannya.

149 [3]

Suatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.