Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XII - Pemindahan Prosiding

Seksyen

92

Tajuk

Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah
92 [1]

Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah
mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan kepada Mahkamah Rendah Syariah, atau sesuatu isu diarahkan supaya dibicarakan di Mahkamah itu, Pendaftar hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam Borang MS 17 sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.

92 [2]

Tertakluk kepada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam Mahkamah Rendah Syariah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.