Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar

Seksyen

210

Tajuk

Rayuan terhadap penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar
210 [1]

Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada seorang Hakim di dalam Kamar terhadap apa-apa penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar.

210 [2]

Rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan menyampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu yang penghakiman, perintah atau keputusan mengenainya telah diberikan suatu notis dalam Borang MS 51 untuk hadir di hadapan Hakim pada hari yang dinyatakan dalam notis itu.

210 [3]

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, notis itu hendaklah difailkan dalam masa tujuh hari selepas penghakiman, perintah atau keputusan yang dirayukan itu telah diberikan atau dibuat dan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan itu.

210 [4]

Kecuali sebagaimana yang diarahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan prosiding yang dalamnya rayuan itu dibawa.

210 [5]

Keputusan Hakim dalam Kamar adalah muktamad.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.