Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

VIII - Pliding

Seksyen

64

Tajuk

Defendan hendaklah menyampaikan pembelaan
64 [1]

Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—

(a) pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan; atau

(b) hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan
plaintif.

64 [2]

Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.

64 [3]

Pembelaan hendaklah dikemukakan dalam Borang MS 16.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.