Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar

Seksyen

209

Tajuk

Kuasa Hakim
209 [1]

Seseorang Hakim boleh—

(a) menjalankan semua kewajipan dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(b) menjalankan fungsinya di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar mengenai apa-apa prosiding dalam had bidang kuasa tempatannya; dan

(c) mencatatkan penghakiman yang dibuat melalui pengakuan
atau persetujuan pihak-pihak di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar.

209 [2]

Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen 208.

209 [3]

Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolaknya.

209 [4]

Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan mana- mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.