Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

III - Cara Memulakan Prosiding Mal

Bab

2 - Saman

Seksyen

11

Tajuk

Masa penyampaian
11 [1]

Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.

11 [2]

Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan
dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada, sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

11 [3]

Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.