Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XV - Pendengaran

Seksyen

126

Tajuk

Susunan ucapan
126 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2)—

(a) plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya; dan

(b) setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa
keterangan, membuka kesnya.

126 [2 ]

Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh
memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya.

126 [3]

Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi
kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu dijawab.

126 [4]

Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan,
Hakim hendaklah merekodkan keterangan yang dikemukakan
sedemikian, dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup kesnya.

126 [5]

Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah
meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup kesnya.

126 [6]

Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkannya.

126 [7]

Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa
keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—

(a) merekodkan penghujahan defendan; dan

(b) mengarahkan defendan mengangkat sumpah menafikan tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif.

126 [8]

Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah
subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—

(a) mendengar dan merekodkan penghujahan plaintif dalam menutup kesnya; dan

(b) mengarahkan plaintif mengangkat sumpah mengakui kebenaran tuntutannya, dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah sedemikian, Mahkamah hendaklah membuang kesnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.