Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXI - Kuasa Hakim Dan Pendaftar

Seksyen

208

Tajuk

Kuasa Pendaftar
208

Dalam mana-mana Mahkamah yang baginya dia dilantik, Pendaftar di dalam kamar boleh—

(a) menangguhkan apa-apa prosiding;

(b) menetapkan tarikh perbicaraan apa-apa prosiding;

(c) mentadbirkan sumpah untuk afidavit dan menerima bon;

(d) jika jaminan diperintahkan, menentukan bahawa jaminan itu mencukupi dan menghendaki penjamin menunjukkan bahawa dia mempunyai kemampuan untuk memberikan jaminan;

(e) dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan apa-apa prosiding; dan

(f) menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau apa-apa perintah Hakim.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.