Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

VII - Interplider

Seksyen

60

Tajuk

Kuasa Mahkamah yang mendengar saman
60 [1]

Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut “pihak-pihak menuntut” dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—

(a) supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau

(b) supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana di antara pihak-pihak menuntut itu hendak dijadikan plaintif dan yang mana hendak dijadikan defendan.

60 [2]

Jika—

(a) pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini seorang bailif;

(b) semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana di antara mereka meminta sedemikian; atau

(c) soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut adalah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan,

maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkan adil.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.