Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

3 - Pelaksanaan

Seksyen

167

Tajuk

Penggunaan hasil
167

Bailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut:

(a) perbelanjaan pelaksanaan;

(b) pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;

(c) jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut Bahagian itu;

(d) jika hal itu yang termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk melaksanakan penghakiman yang dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu; dan

(e) pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang penghakiman.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.