Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

3 - Pelaksanaan

Seksyen

163

Tajuk

Penyitaan dan penghantarserahan
163

Jika pelaksanaan melalui penyitaan dan penghantarserahan
sesuatu barang diperintahkan—

(a) bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang kena dibayar, hendaklah menghantarserahkannya kepada pemiutang penghakiman;

(b) perintah pelaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman, berhasrat sedemikian, memerintahkan bahawa jika barang itu tidak ditemui, nilainya, seperti yang terdapat dalam penghakiman asal itu atau atas permohonan yang kemudian kepada Mahkamah, hendaklah dilevikan; dan

(c) perintah di bawah perenggan (b) tidaklah menghalang prosiding untuk pengkomitan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.