Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XV - Pendengaran

Seksyen

121

Tajuk

Tuntutan balas
121 [1]

Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran—

(a) tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;

(b) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau

(c) plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan balas.

121 [2]

Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1) (b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.

121 [3]

Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan
dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan itu terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).

121 [4]

Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana-mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan penangguhan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.