Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XII - Pemindahan Prosiding

Seksyen

90

Tajuk

Tatacara mengenai pemindahan
90 [1]

Apabila suatu perintah dibuat bagi mengenai pemindahan
mana-mana prosiding daripada satu Mahkamah kepada satu
Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan mestilah menghantar kepada Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan fail, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika ada.

90 [2]

Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh,
atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.