Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

VII - Interplider

Seksyen

56

Tajuk

Hak mendapatkan relief dengan cara interplider
56

Jika—

(a) seseorang bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya; atau

(b) tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan, maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.