Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

3 - Pelaksanaan

Seksyen

154

Tajuk

Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan
154 [1]

Sesuatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah—

(a) jika penghakiman atau perintah itu adalah tertakluk kepada apa-apa syarat atau kontingensi;

(b) jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;

(c) jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;

(d) jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;

(e) jika suatu perintah pengkomitan masih berkuat kuasa;

(f) kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134 (2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa; atau

(g) jika pelaksanaan telah digantung oleh Mahkamah.

154 [2]

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang tertentu.

154 [3]

Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.