Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

IX - Pembahagian Mengikut Kadar

Seksyen

186

Tajuk

Hasil jualan pelaksanaan hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan pemiutang penghakiman
186 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama tetapi belum lagi mendapat penunaiannya, maka aset itu, setelah dipotong kos penghasilan itu, hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan semua orang itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) jika harta itu dijual tertakluk kepada suatu gadaian, pemegang gadaian tidaklah berhak berkongsi dalam apa-apa lebihan yang berbangkit daripada hasil jualan itu;

(b) jika mana-mana harta yang kena dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman adalah tertakluk kepada suatu gadaian, Mahkamah boleh, dengan persetujuan pemegang gadaian itu, memerintahkan supaya harta itu dijual bebas daripada gadaian itu, dengan memberi pemegang gadaian itu hak yang sama terhadap hasil jualan itu seperti yang dipunyai olehnya terhadap harta yang dijual itu; dan

(c) jika mana-mana harta tak alih dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman yang memerintahkan penjualannya bagi melepaskan bebanan atas harta itu, hasil jualan itu hendaklah digunakan—

(i) pertamanya, bagi menjelaskan perbelanjaan penjualan itu;

(ii) keduanya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan itu;

(iii) ketiganya, bagi melepaskan wang pokok yang kena
dibayar atas bebanan kemudiannya, jika ada; dan

(iv) keempatnya, dibahagikan mengikut kadar antara
pemegang-pemegang perintah atau penghakiman bagi
pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang telah, terdahulu daripada penjualan harta itu, memohon kepada Mahkamah yang meluluskan perintah atau penghakiman itu dan belum lagi mendapat penunaiannya.

186 [2]

Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerimanya pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset itu.

186 [3]

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah peruntukan undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut keutamaannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.