Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVII - Rayuan

Seksyen

139

Tajuk

Notis rayuan
139 [1]

Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

139 [2]

Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis
rayuan dalam Borang MS 29.

139 [3]

Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau
mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.

139 [4]

Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas
hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan.

139 [5]

Mahkamah yang terhadap keputusan-keputusan rayuan itu
dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan penghakiman.

139 [6]

Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah
memberitahu perayu dalam Borang MS 30.

139 [7]

Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah—

(a) mendepositkan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang yang pada pendapat Pendaftar dapat menampung kos menyediakan bilangan salinan yang mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak-pihak dalam rayuan itu; dan

(b) menyerah simpan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk kos rayuan.

139 [8]

Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa
yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.